30.11.10

korang takut apa?

sejak dua menjak ni hujan je tiap-tiap petang kan. bukan calang-calang punya hujan. complete set dengan lebatnya, angin kencangnya, guruhnya, kilatnya wuuuuuu bikin tangan tarik selimut dengan serta-merta je.

saya tak tau la korang, tapi dalam banyak-banyak benda yang ditakutkan, guruh antara salah satunya. kilat tak apa lagi. eh korang tahu beza guruh dengan kilat kan? guruh tu bunyi dentam-dentum boleh buat jantung korang rasa nak gugur ke tanah. kilat tu pulak cahaya yang terang kat langit nampak langit tu seakan-akan retak. haaa paham tak? paham tak? tak paham pergi tanya cikgu sekolah rendah korang.

nak tak nak, takut jugak dengan guruh ni. ada time bila guruh dah sampai tahap klimaks asyik berdentum tiap 5 saat, automatik punya respon, panjat katil capai selimut tutup telinga dengan bantal peluk selubung habis-habisan bawah selimut dan tidur. memang kebiasaannya macam ni. dan ini yang terjadi kepada saya sekarang. so tanpa taip lagi panjang, marilah sama-sama selubung bersama saya sebab guruh kat luar dah memang boleh buat jantung saya gugur. ok bai!




ok ini kilat. tapi paham kan maksud saya?!
*paksa diri tidur sekarang!*

29.11.10

ROFLMAO!




nak ceriakan hari anda yang bosan dan suram? nah, sila tekan play.





HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

sumpah lawak gila piggy doh!
especially "the one in my house. my makcik" LOL berguling I atas katil ni.


baidewei, to Johan and Zizan, u guys just made my day-lah!


peeass : ROFLMAO = Roll On Floor Laughing My Ass Off! ada paham? tak paham gi tanya mamat dua orang ni tadi. confirmed diorang boleh kasik demo LOLOLOLOLOLOLOLOL ;D

28.11.10

kab ba ro kab alip ta nun


alhamdulillah. penantian dah berakhir :)


ok kita start cerita. first thing in the morning, bangun dan solat Subuh. lepas tu basuh pinggan, bukak TV3 tengok kartun Pocoyo (wajib tengok tiap pagi Ahad sebab gila comel macam muka I hahahaktuihh). basuh dan sidai baju, mandi dan keluar untuk breakfast dengan parents. pekena roti canai & teh ais. pehh terbaik. boleh maintain kenyang sampai tiba waktu lunch tau.

on the way ke kereta, eksaited cerita dekat ayah pasal MAHA 2010 yang tengah dok pamer kat MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang). tengok dekat newspaper macam best. dapat naik kuda, tangkap gambar dengan sayur gergasi potpetpotpet. ayah pun tereksaited sama terus je offer nak pergi sana hehehe. tapi malang tak pernah berbau, jammed ya amat gila babeng kambeng anjeng semua cukup. selalu makan masa 20 minit je ke tol Serdang, tapi tadi 1 jam baru lepas tol. what the fish? baru bayangkan lepas dari tol, belum bayangkan macam mana rupa kat MAHA sana. dengan jammed, parking, panas terik, payung tak bawak, hujung minggu semua dok bawak anak sedara sepipit sepapat, terus ayah buat U-turn oh. sadis je T_T

pulang dengan perasaan hampa. baru nak frust menonggeng atas katil sambil online tapi tak jadi sebab......












*klik imej untuk nampak lebih jelas*



first word keluar was 'alhamdulillah'. ok tipu sikit. i was screaming all the wayyyy!
10 seconds to be exact. LOL sempat kira tu.

berkat doa semua akhirnya dapat gak further degree walaupun umur dah nak cecah 22 tahun depan T_T. I tak kisah dapat dekat mana pun, yang penting nak pulun habis-habisan kali ni. on the other hand, bersyukur sangat-sangat. dah tu, dekat pulak dengan UTeM & MMU. siapa ada sana? ehem ehem. bermadu la kamu berdua ya. hahahaha (eipp. nak cari ilmu ke nak cari laki ni? biasa dia!)


peeass : dah kena start buat benda paling tak ingin nak buat. packing!
urghhhhhhhhhhhhh T_T

26.11.10

apa kata survey

betul lah apa orang kata. kalau dah ada benda yang baru, yang lama ditinggalkan. lagi lagi bila benda tu lebih senang dan mudah dari yang lama. macam blog dan tumblr. aku dah lama create account tumblr tapi baru semalam nak aktif. dia lebih kurang blog cuma tak perlu bebel banyak. just post pictures, videos, quotes or anything untuk expressed kan diri kita. which is of course lebih ramai orang beralih ke tumblr.


peeass : susah kan nak buat pilihan bila dunia semakin canggih sekarang ni.



*gambar tiada kaitan*

24.11.10

penat itu exhausted

seronok betul hidup sejak akhir akhir ini. orang hari hari pergi kerja, aku hari hari pergi enjoy. adil sungguh rasa dunia ni tiba tiba kihkihkih (jangan marah). tapi bukan ke Kak Nora Danish jugak yang suruh kita enjoy, jadi kita praktikkan kata kata Kak Nora Danish tu. hehehe





Sesi 1.

niat di hati tak nak berpisah eh bukan bukan. niat di hati hanya ingin bersarapan dengan bestfriend. jadi menuju ke Jaya Jusco Wangsa Maju, bersarapan dan berkongsi yong tau foo dan juga air. comel tak? (comel ke bajet -.-)

lepas perut dah kenyang, pergi ke Watsons untuk beli topup. korang jangan ingat farmasi tak jual topup ok (ke aku yang baru tahu ni T_T). time nak bayar, Kim diminta oleh ayahandanya untuk hantar pergi ke MOF (Ministry of Finance) dekat Putrajaya untuk settlekan business loan whatsoever. aku yang kerja nak enjoy je tanpa segan silu turut join sama.

cam-whoring di bawah pohon kelapa sawit. aww gila romantik :')

4 jam kemudian (finally!), gerak balik KL.





Sesi 2.

bowling time!

entah kenapa semalam member aku masing masing kecoh dekat facebook pasal bowling. jadi terus je tangan gatal dan taip ''bowling esok dekat Wangsa Walk jom!''. jadi tak nak cakap banyak, korang tengok jela gambar gambar ni hehe. baidewei, memang fun seronok gila sampai terbagi ID facebook dekat seorang staff ni ingatkan kena bayar kasut rental sebab dia tak perasan kitorang semua tak bayar jadi menggelabah maka terus bagi last last dia cakap ''you tunggu tau, nanti ada guy ni nak add you (winking)''. shit! tertipu disitu T_T

pick up Zue (kiri) terus dari office sampai dia terlupa bf dia supposedly yang ambil jadi terpaksa patah balik ke office untuk pick up bf dia yang dah lama tunggu LOL

Fahd (berbaju coklat) pernah mewaikili SUKMA acara bowling.
ended up lagi banyak strike dari spare. dayyum!
and oh. Paan (kiri sekali) & Mal a.k.a bf Zue (kanan sekali)

Zue, yours truly, Kim & her sister

badan kau satu boleh muat tiga kami? LOL :P

19.11.10

si nerd specky bertongkat sakti

salam semua. bagi korang yang belum tonton Harry Potter and the Deathly Hallows sila pergi tonton sekarang. nak cerita, malas. korang tengok sendiri jela eh. tak rugi duit pun. kalau nak bajet jugak, pergi ambil earlybird ticket punya ok.

ini Part 1 punya.
Part 2 lepas ni is going to be the last one of HP series. sobs :'(

dan Daniel Radcliffe cakap kalau JK Rowling still nak sambung series HP ni, dia tak akan berlakon dah. sebab dia cakap ''10 years is enough.'' wow lama tu. no wonder dia tak hairan. duit pun dah berkepuk kepuk dalam bank boleh buat support 7 keturunan.

jadi, tengok jangan tak tengok!

16.11.10

Eid ul-Adha

assalamualaikum.

diam tak diam dah raya haji rupanya. alhamdulillah dapat merasa lagi raya haji kali ni. selalu dengar orang kata "aku tak feel lah raya kali ni''. pantang betul bila orang cakap macam tu, macam tak bersyukur yang kau masih berkesempatan sambut raya tak kiralah hari raya aidiladha mahupun hari raya aidilfitri. macam nak celup je orang tu dalam kuah kacang eh tak baik.

tahun ni sedikit berbeza sebab first time solat hari raya. sebelum ni duduk rumah tolong siapkan makanan kat dapur. saja nak experienced macam mana solat raya tu, jadi join family pergi masjid pagi tadi. ramai juga jemaah perempuan yang hadir. memang best. patut buat amalan untuk raya raya akan datang.

sebelum pergi masjid tadi, isi perut dulu;

kuah kacang ada, rendang ada, lodeh ada, nasi impit pun ada.
apa lagi awak nak?

jadi, nak ucap SELAMAT HARI RAYA EID UL-ADHA kepada semua muslimin dan muslimat di luar sana. semoga setiap amalan dan pengorbanan yang dilakukan diterima-Nya. insyaAllah :) (tumpang lalu dulu nak ke dapur untuk 'Fasa Makan Pusingan Kedua')

15.11.10

this is it!

reminiscing masa Form 1 kalau tak silap, kena tampar pipi dengan kakak kandung sendiri. pedih, perit dan amat menyakitkan. tapi memang salah aku pun. berangan nak jadi Nancy Drew, a young amateur detective konon. pergi selongkar almari baju sebab nak baca diari dia. memang tak ada kerja. plus dengan love letter berdozen-dozen siap bau bedak enchanteur lagi kahkahkah memang khusyuk ah baca dengan selerak habis kat lantai. tak lama lepas tu terdengar suara "saya nak masukkkkk" sambil ketuk pintu. peh terus menggigil.

belum sempat pulas tombol pintu sampai habis, dia dah tolak pintu dari luar. dengan muka bengisnya tu, dia terus check almari sebab lama sangat nak respon tadi dan kantoi sebab pakai campak je surat-surat tu semua (memang cari nahas). terus tindakan refleksnya PANGGGG!!. berbekas babeeee 2 hari baru hilang T_T

tapi itu dulu. masa zaman kalau member baru beli komputer hari ni, esoknya satu kelas dah tahu dan tak semena-mena terus jadi hot stuff sebab semua member opposite sex nak ngurat ah itu zaman dulu. zaman sekarang orang update blog just guna Blackberry jer babeeee. kiranya lebih ramai followers, lebih fun lah. aku? masih mentah belum ranum lagi. tahap self-esteem memang rendah tapi bila kenang balik subjek karangan Bahasa Melayu selalu dapat A (eh berlagaknya), jadi teruskan juga niat.

moral of the story is ; nak ucap kat diri sendiri "SELAMAT BERBLOGGING!". cikgu cakap motivasi diri tu penting! hahaha tetiba.

14.11.10

ayu tapi brutal

aku tak nafikan yang aku ni ganas. atau lebih cool orang kata brutal. tapi tak ada pula brutal tahap gaban macam pergi public phone ketuk peti telefon sampai keluar duit syiling lepastu buat beli icecream eh mak saya tak pernah ajar macamtu. dan aku bukan jenis lemah lembut either. tapi disebabkan muka aku yang orang selalu cakap innocent ni (orang cakap bukan aku), membuatkan aku selalu disalahertikan yang aku ni dari golongan yang sensitif la, cepat menangis la, suara nak slow macam bunyi nyamuk terbang tepi telinga la etc. ok mungkin ada sikit la -.-

anyways (hahaha), based on poll yang aku buat dengan rakan-rakan lelaki, ada yang suka perempuan brutal. ada yang suka perempuan ayu. ada yang suka kedua-duanya.

ok apa motif sebenarnya ni?

nak kaitkan cerita (tak tahu la ada kaitan ke tak), baru-baru ni aku dah berjaya memiliki rambut pendek (yeay!) dari rambut panjang setelah 21 tahun hidup. wow bukan. tiada lagi rasa takut untuk mencuba benda baru, tiada lagi berada di takuk lama, tiada lagi masalah rambut karat eh tak. tu bukan rambut saya.

mula-mula berniat nak buat haircut yang macam ni,

*-*

tunjuk dekat mama si pixie ni dan dia respon, ''awak sedar tak kepala awak segi empat dah macam tv, so kalau buat macam ni apa jadik? dah la macam lelaki potong pendek-pendek macam ni haihh blablabla''. ok terus batalkan niat T_T

tapi still potong pendek dan gambaran dia serupa dengan yang ini,

eh cute pulak sebab cover pipi

mungkin lain kali boleh try pixie cut tu. bila mak tanya, cakap ''alamak mama cina tu salah potong la (terus buat muka tak bersalah)'' hihihi genius bukan :P