26.12.10

Sabtu hari tu

Assalamualaikum. Sabtu lepas cinta-cinta hatiku datang Wangsawalk semata-mata nak jumpa lepak jalan-jalan dengan saya. terharu gila sampai eh tak apalah biar I belanja korang minum :')

plan asal nak tengok wayang cerita 'Janin' tapi malangnya ada yang penakut. kata dia, "memang aku tido jela time dalam wayang nanti". jadi, disebabkan imaginasi dia terlampau kuat takut nanti hantu tu ikut balik rumah macam 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', maka yang lain bersimpati jadi tukar plan. main boling pulak. banyak songeh betul budak tu kan. macam mintak dihempuk je


 perasan tak style tudung kita lain-lain tapi tetap gojes? 
ahaha tampar pipi masing-masing cepat


 gadis berbaju kuning tu pemalu sikit orangnya 
(ehem. nak tulis kuat makan sebenarnya :P)


 dua budak comel :P


ok fine. diorang pun comel jugak -.-


peeass : rasa free-free nak melancong, datanglah Melaka pulak eh. hehehe sayang korang xoxo

finally!

Malaysia   Vs.  Indonesia

3         -         0


enough said.


peeass : apa kaitan laser?

24.12.10

macam ni la orang kita

baru lepas tengok anugerah berprestij iaitu Anugerah Skrin 2010 kat TV3. dan saya ada review saya sendiri. ada baik dan buruk. 'prestij' refer kepada Kamus Dewan edisi keempat bermaksud penghormatan yang diperoleh kerana kejayaan atau martabat dan kemegahan (tak menahan siap rujuk kamus)jadi, kalau dah maksud pun penghormatan, martabat dan kemegahan, kenapa audience semua macam gampang?

personally bagi saya, tahun ni memang nampak ada perubahan dari segi hosting. sebab yang mengacara pun bukan calang-calang, perempuan melayu terakhir tuuu, kak Vee kita (Vanidah Imran). dan juga Awal Ashaari. cakap pun smooth, lemah lembut, tak ada sikit-sikit nak menjerit "sila berikan tepukan gemuruh kepada penaja", "sila berikan tepukan gemuruh kepada penaja", "sila berikan tepukan gemuruh kepada penaja" sampai aku yang baru taip 3 kali pun dah naik penat.

seriously, lame gila audience. ada yang duduk macam tengah bersantai dekat kerusi malas. what the hell? kau tahu tak Anugerah Skrin ni dah macam Oscar Awards edisi Malaysia. jadi, tolong duduk tegak dan berikan tepukan. haaa bab berikan tepukan ni pulak. yang tepuk bersemangat pun kalangan puak dia-dia saja. yang lain? hampeh. ada yang tepuk nak tak nak, ada yang busy dengan BB masing-masing bajet twitter kejadah, ada yang tak tepuk langsung. standing ovation? harammmm. sekor dua je yang bangun. itu pun bila anugerah khas dah hujung-hujung. macam mana industri seni nak maju? kalau diri sendiri tak reti nak respek dan hargai karya orang lain. eh sejak bila pulak kau jadik pengkritik seni tanah air ni. tak memasallll

congrats sayang you menang. gua sayang lu even more derrr :P

peeass : lagi baik layan Shout Awards!

23.12.10

saya sihat

pagi pergi appointment ultrasound dan jeng jeng jeng, tak ada batu karang di bladder mahupun di kidney. alhamdulillah syukur! lepas ni berikrar nak jaga kesihatan especially makan minum. nak minum banyak plain water dan jangan sesekali tahan bila nak buang air. amalkan benda ni kalau tak nak ulang-alik ke hospital 6 kali macam saya T_T (serik dah. tak nak buat lagi).

lepastu pergi kedai gambar tangkap gambar sebab nak buat simpanan nanti nak isi borang kejadahnyaaa lahaiii (ye, salah satu benda yang saya tak rasa nak suka ialah isi borang). gelinya bila dah isi borang lengkap tiba-tiba kat atas belah kanan sekali ada kotak tulis macam ni, 'Gambar Berukuran Passport'. geli siot lagi-lagi bila gambar berukuran passport dah habis dalam fail dokumen peribadi. eh geli betul. jadi tak nak rasa geli lagi, suruh tokey print 10 keping gambar terus.

kiri ke kanan : dua tahun lepas ke siang tadi

tengok, ada beza tak? nampak lebih matang kan? kahkahkah tampar kang.

yang belah kanan tu dah macam hantu bedak sejuk je aku tengok. ni korang nampak tak apa beza? tulang pipi I tuh. cuba tengok. nampak lebih slim. punya selamba si tokey Cina tu adjust tulang pipi I sambil tegur "haiya amoiiii, u punya pipi manyak mesaaa meh *sambil sengih mengadap photoshop*". eh tak memasalllllll -.-


peeass : muka tokey tu bentuk love. wekkk!

20.12.10

ada sambungan

korang sure pernah dengar lagu 'Love The Way You Lie' nyanyian Rihanna feat Eminem. kan kan? kalau tak pernah memang kesian kat korang, sebab lagu ni gila best dan popular kot. sampai diorang buat Part 2 pulak. dan better dari Part 1. mungkin Rihanna bengang dengan Chris Brown yang macam dedicate lagu 'Deuces' untuk dia (cuba search lirik dia, sangat terkena batang hidung Rihanna), jadi si Rihanna tak nak kalah dia pun balas balik. terus sambung Part 2 pulak. so siapa yang tak pernah dengar Part 2, meh I kasik videoklip siap lirik lagi. apa lagi, ambik apa-apa yang boleh dijadikan mic dan karok sama-sama semua. ayuh!




peeass : sangat terkena batang hidung sendiri juga. oh layannnnnnnn

it's a girl! :D

assalamualaikum. hari ni entry gembira. sebab I gembira dan dah boleh senyum semula. previous entry tu biarlah jadi kenangan lain kali singgah tengok tarikh, boleh recap siapa dajal yang telah mendajalkan I tu semua kan. haha hanya mampu gelak je sekarang. move on sudah.

anyways, hari ni happy sebab my ex-classmate masa sekolah dulu dah selamat lahirkan baby girl dekat Hospital Selayang petang tadi. menurut facebook status yang dia baru post (hamboi kau, baru bersalin terus login facebook. tak menahan), delivered nya baby girl yang belum diberi nama itu pada pukul 2.55 petang tadi. berat baby 2.38kg (which is healthy I guess). nak cakap lebih pun tak confident. experience tak ada lagi haha. tak apa, beberapa tahun saja lagi insyaAllah *tetiba confident*.

telefon one of my good friend iaitu ex-classmate juga. dia terus offer eh jom nanti kita lawat dia tengok baby. lepastu boleh tanya sakit ke tak time labour tu, lepastu tanya macam mana perasaan time tu and after baby tu dah keluar. sakit tak kena jahit and berapa inci. boleh dia turunkan ilmu-ilmu berharga dekat kita pulak. hahahahaha bongok la. mati-mati ingatkan jom lawat dia sebab dah lama tak jumpa dan nak tengok baby T_T

last jumpa time wedding day dia. last year kalau tak silap. kalau silap means last two years. hehehe sori. short-term-memory-lost kejap. anyway, tak sabarrrrrr nak jumpa nihhhh. tunggu Aunty Afni ye baby. ala kuci kuci :DDDDD 


dah jadik Mama dah Nadiah sekarang :')


peeass : and I dah jadik Aunty (dah tua. kena kahwin cepat ni).

18.12.10

this is what my heart tells me

know I couldn't leave my baby blog for too long, so I've decided to post this ;


love is hard because you feel like you deserve it and owe it to yourself, but then when you get it, you feel like you don't deserve it, it will never happen, or it isn’t real. 
our past experiences have destroyed our perception of love, which makes it even more difficult for us to be loved, or accept love. 
but one day, there’s still a hope that someone will be patient enough to love you for all of who you are, even the things you hate the most about yourself.

peeass : I love myself <3

16.12.10

and the reason is

quick update. just wanna make an apology to you guys for not updating my blog. which I obviously will update it like, everyday. 

I'm too frustrated to write. given my fully trust to someone you love but ended up, that person betrayed you by telling lies right at your face. and you only knew the truth like after 2 months later. after giving that person a second chance. how's that feel?

will be back when I can stabilize my emotions and feelings again. xoxo

peeass : i truly believe in karma. and one day when you fall, i can just smile while you say, "karma's a bitch".

14.12.10

he's my Johnny!

finally dapat info untuk Pirates of the Caribbean 4 (On Stranger Tides). yeah syoknyaaa! akhirnya filem favourite dah keluar sequel lagi. 

tambah best kali ni, ada watak baru iaitu Angelica yang bakal dimainkan oleh Penelope Cruz. one of the hottest woman on the planet tu wehhh. mata dia, mulut dia, kening dia, hidung dia, badan dia, loghat dia, wah perfect gila ah. laki dia pulak tak nak kalah nak hot jugak, Mr. Javier Bardem. memang perfect couple la diorang ni. watak yang dia nak mainkan pula ialah sebagai Jack Sparrow punya former flame. haha I bet kelakar gila scene diorang berdua ni nanti.

tapi tapi tapi...

second hero and heroin a.k.a Orlando Bloom and Keira Knightley dikatakan tidak kelihatan untuk filem kali ni. hancur musnah harapan I nak tengok bekas kekasih (Orlando Bloom) berlakon. cisssss


tak apa. u tetap no 1.


peeass : bila tayangan? 20 Mei 2011 T_________T

13.12.10

i adore u

orang mana yang tak pernah sayangkan orang lain? kalau ada sila mengaku dan buat terjunan extreme dari puncak KLCC ke tanah sekarang.

LOL tak adalah. gurau je. kang betul ada yang ikut mampus aku masuk lokap tak sempat kahwin. eh. sikit-sikit kahwin sikit-sikit kahwin. dah gatal benar gamaknya.

ok ok quick update. rutin harian sebelum tidur nowadays mesti layan satu atau dua episode of HOUSE. sangat slow I know. season 2 pun tak habis lagi ni (sekarang season 7 dan dah habis dah pun) kahkahkah sila ketawa beriringan sekarang. 

boleh je nak layan tanpa henti tapi bila fikir nanti dah sambung belajar confirm 300% akan ada satu time kita rasa bosan tahap gaban nak release tension dengan mengadap cerita dan kalau dah langsung tak ada cerita, Kuch Kuch Hota Hey repeat 12 kali pun sanggup layan lagi sampai boleh hafal dialog terus official bahasa Urdu jadi bahasa ketiga selepas Melayu dan English T_T. 

haaa sebab tu la nak jimatkan cerita. haha apa punya ayat la 'nak jimatkan cerita'. 

oh damn. lagi sekali dah merepek. patut just cakap "I TIAP-TIAP MALAM MENGADAP HOUSE. BUKAN RUMAH TETAPI ORANG. DAN WALAUPUN DIA ANNOYING TAHAP GILA BABI BAK KATA LISA SURIHANI, I TETAP ADORE MAMAT NI. SEKIAN." (ada nampak lesbo tak letak nama Lisa Surihani tiba-tiba? based dari *sini*)





peeass : handsome kan? sebijik macam muka pakcik sedara I dol! serious shit tak tipu. miahahaha

12.12.10

jangan ingat perempuan ayu tak rock

tadi keluar pergi hospital (lagi?!). ok dah malas nak cerita pasal hospital. nak cerita pasal benda lain pulak. 

lepas pergi hospital tadi (eh asal still mention hospital?!), gerak ke Alpha Angle Wangsa Maju. ya, itu port shopping paling ideal dengan mak tiap-tiap minggu. sampaikan kakak cashier wet market tu boleh kenal 'hai, awal shopping'. ok itu menyapa atau memerli I pun confuse.



*************************************************



on the way pulang, benti kejap dekat traffic light. tengah I syok cerita dekat mak pasal future husband eh future subject yang I bakal study, tiba-tiba diganggu dengan bunyi muzik yang gila-kuat-tak-hingat dari kereta sebelah. sekali toleh, pehh awek cun muka ayu siap berselendang Hana Tajima gitu haaa. bukan calang-calang punya muzik, techno ok techno. tengok dia headbanging sekaligus I pun headbanging sama LOL. mak terus 'kau ni dah kenapa?' eh baru sedar mak kat sebelah T_T. mata I melilau cari orang lain dalam kereta tu mana tahu yang pasang muzik techno tu boyfriend dia ke abang dia ke sepupu dia ke kan. tapi tak ada. 

ohooo rupanya ada jugak perempuan ayu yang layan muzik-muzik cenggitu (ehe kauuu padahal kau pun sama jugak kan. sebab tu kau post entry ni kan). LOLOLOLOL mana adaaaaa

ehe ok tak baik menipu. ye, I suka lagu pop rock hip-hop techno house ngahahaha. I layan jugak slow muzik tapi tak berapa nak melekat. takat gitu-gitu je. tapi bila dengar hard beat ni boleh buat I rasa wow dan capai tahap eargasm! wah gitu.

sekarang tengah dok play replay sampai pengsan lagu ni ;




peeass : lagu ni buat dancing poco-poco ok tak? LOL

11.12.10

hero I bukan lagi MZ

dulu, dia yang buat life I bermakna sangat-sangat. 
sekarang, dia jugak yang hancurkan life I tu.

I nak ceraikan dia tapi tak mampu sebab I perempuan. 
insan yang lemah dan tak berdaya. tsk tsk 






eh asal drama melayu sangat entry kau ni?


maaf maaf. I sebenarnya dah gila tunggu nak sawan je dengan si MZ ni. MZ? siapa MZ? Mat Zaki? Mohd Zamarulhisham? eh bukan la bodo betul. Mark Zuckerberg, facebook creator la. dia ni la punca peningkatan tahap kemencarutan manusia satu dunia sekarang ni. pasal apa? pasal new facebook profile dia tu la. haih. meh sini kasik list terus apa punca peningkatan tahap kemencarutan mereka ;

1. buruk sebab tetibe 'photos of you' leh display dekat tempat yang dahulunya untuk status. dah la gambar tak penuh. seriously selekeh. bodo r u MZ!

2. friendlist yang dahulunya comel comel tetibe gedabak besar tamak nak satu nama satu line pulak. sekali kau angkut dengan family members bf/gf korang semua kena.

3. sia-sia korang update status sebab orang dah tak highlight benda tu lagi tiap kali masuk profile korang sebab dah tak timbul sebelah nama korang yang ber-font besar tu.

3. apa yang korang post pada wall dan status member korang, terus boleh detect tak payah right-click new tab nak lihat sekaligus sangat menyenangkan hati para stalker sejati anda.

4. description 'write something about yourself' bawah profile picture dah tak ada baiii. korang kena click 'info' baru boleh baca T_T. begitu juga dengan 'likes' korang.

5. kenapa mesti bazirkan ruang link ke 'wall', 'info', 'photos' dan 'friends' dengan vertical bila boleh horizontal? why Mark why?!


ini baru 5 alasan gua bagi lu Mark. korang kalau ada yang nak tambah, dipersilakan. sebab I tak tukar lagi profile I dari lama ke baru. ini pun based dari new profile member-member lain. tapi lambat laun dia bertukar sendiri sebab auto kan kan T_T

and oh. dengar cerita bila once dah set ke new profile, dah tak boleh nak berpatahbalik. ye ke? lu memang kejam Mark!


peeass : I bajet Mark Zuckerberg ni dah tak ada kerja, bosan. sebab tu dia renew profile semua orang. ye tak?

10.12.10

cantiknya dia

terpanggil untuk post entry ni bila habis tengok House Season 2 Episode 13. haha a'ah I memang slow sikit bab-bab cerita tv sebab I memang jarang tengok tv. sebab tv banyak iklan, konsentrasi terganggu bila tengah khusyuk fokus scene suspen tetibe keluar iklan ketiak Nivea White. apekajadahnya itu?

anyway pulang semula ke pangkal cerita. Eposide tu menceritakan Dr. House and his crew berhadapan dengan pesakit yang merupakan seorang teenage model. umur 15 tapi macam dah matang. tak tau la kot-kot diorang tak reti pilih pelakon ikut umur sebenar. entah-entah dah 20 tapi bajet 15 lagi. wekkk (dasar jeles memang macam tu).

intro dah 2 perenggan. ish3. ok la, I saja je nak kongsi dengan korang bila I tengok model terus terbayang Victoria's Secret models. kihkihkih sian korang kena baca panjang-panjang baru sampai isi kandungan. nantilah bila dah kaya I beli bra panties semua dekat Victoria's Secret. moga-moga pakai bra panties VS terus body boleh transform jadi macam Miranda Kerr's. OMG memang tak lah kan. 



no wonder Orlando Bloom sanggup jadi laki dia dari jadi laki I T_T


peeass : moral of the story? I nak kahwin jutawan (eh tiba-tiba).

9.12.10

dari bercinta, baik makan!

ah suka hati korang la nak complain tiap kali masuk blog ni mesti ada gambar makanan. bak kata member i, A.A.K (Ada Aku Kisah?). I nak jelaskan benda yang sudah terang lagi bersuluh bahawasanya I, memang suka makan. makanan bagi I macam boyfriend. kita tak tahu dia tu sedap atau tak (kalau refer boyfriend, baik atau tidak), unless kita explore dia, means gigit kunyah rasa dan telan. tapi bukanlah I suruh korang pergi telan hidup-hidup boyfriend korang. pelahap karnivor mamalia tu namanya! tapi explore boyfriend ni maksudnya kaji selidik hati budi dia elok ke tidak boleh buat husband material ke tidak. ececeh kauuuuu boyfriend pun tak ada lagi nak ajar orang. hahahahak

well, ada sesetengah member I yang species macam I, semua benda boleh telan tinggal buang kayu dan batu. ada sesetengah yang tak boleh/reti/selera nak mencuba semua jenis makanan. bagi I, hidup cuma sekali, kalau tak rasa sekarang, bila lagi ye tak? heh. suka hati je nak komen. lantak diorang la. perut diorang, suka hati diorang la kan. grrr

anyways. last 2 days, akak I tagged I dekat one photo dalam facebook yang buat I teruja tahap keluar perkataan OH MY GOD! sambil besarkan biji mata. nak tahu apa dia?








nahhhhhh!

















hamekk kauuuuuuu! 12''(inches!!) Cravings Monster Burger (tak caya pergi ukur sendiri. kalau salah jangan saman I tapi saman tuan kedai. heh). harga dia RM 25.90. memang agak mahal untuk seorang. yang kau gatal nak telan burger 12 inci ni sorang-sorang kenapa? ini 4 orang boleh kongsi niiii. jangan tamak! amalkan budaya sharing is caring ok.

oh baidewei, kat mana nak cari burger monster ni? Cravings Kitchen & Bistro dekat Sunway Giza. Sunway Giza ni pulak dekat mana? Sunway Giza ni mall yang baru dibuka di Kota Damansara. jom teman I kita pergi restoran ni lepastu kongsi burger tu dengan I sebab semua patuh ikut cakap I bila I suruh amalkan budaya sharing is caring. awwww :') 

8.12.10

sebak

hati sebak sebab result urine test untuk kali ketiga tadi tendency menunjukkan 80% I ada batu karang :'(. dan juga ambil darah dan esok ambil result (lagi?! masuk ni dah 5 kali I ulang-alik hospital T_T). 23rd kena datang lagi sebab ada appointment untuk buat ultrasound. nak check bladder I bermasalah ke ada batu karang ke apa ke. 

dan lagi sekali mama belanja baik punya untuk kasik hati I jangan sebak. aww thanks again mama. love u so damn much! :')

and kali ni, kita makan di.......






JOHNNY'S RESTAURANT!


yeay! dah lama tak makan sini. previous I rasa last 2 years kot. uhuuu

anyways, here are some of the pictures that we took untuk kasik meriah sikit blog I yang tak meriah ni. wekkkk


 sampai-duduk-snap-gambar-terus. hape daaa

sekali mama pun nak jugak daaaaa hihik

 rahsia kerajaan eh kejayaan,
sos manis-manis pedas ni la yang buat steamboat tu sedap sebenarnya! :D

 vanilla milkshake I punya and coffee milkshake kakak I punya. sumpah sedap! tak tipu punya.

10 various food untuk dicelupkan ke dalam......

tadaaa! your own steamboat pot la dia bagi. 
first time rasanya masuk restaurant yang suruh customer dia masak sendiri -.-

first time nak suap, snap duluuuu

sebab tahu memang lepastu pelahap tak layan kamera dahhhh ;D


peeass : I need a MIRACLE.

6.12.10

BF is better than FB


ONCE UPON A TIME,


I EXTREMELY ANNOYED BY FACEBOOK'S NEW PROFILE!


-THE END-

5.12.10

88 darjah Fahrenheit

semalam first time jejak Fahrenheit 88. itu pun bila member ajak baru nak jejak. kalau tak, bukan tak nak pergi tapi sebab tak tahu kat mana wawawa. rupanya dia berhadapan dengan Pavilion jeeee. laaa buat malu I je u'olls. menyesal pulak asyik tidur time class Geografi dulu T_T

ok back to the story. jalan-jalan jauh makan-makan sedap wayang-wayang Rapunzel dengan ex-colleague yang hot sorang ni dekat Pavilion dan Fahrenheit 88. kalau pasal jalan-jalan kat KL ni, memang minah ni pakar gila kentang. kalau tiba-tiba sesat jalan kat KL, jangan segan nak rujuk pada pakar iaitu Cik Ema kita ni, confirm boleh tembus ke jalan yang benar balik. celah lorong mana pun dia tahu lagi-lagi Lorong Haji Taib. gila kentang kan? haha

nama dah gempak Fahrenheit 88, tapi dalam biasa je. tak ada lah special mana cuma ada satu shop ni yang buatkan nama dia naik. Uniqlo. pernah dengar kan? confirm pernah. Hanis Zalikha kan pernah bergebang pasal benda ni, so confirm semua orang dah tahu. tapi sekarang memang tak best langsung nak shopping baju. sebab sekarang musim fall/winter. maknanya? maknanya, baju semua nak standard tebal-tebal bulu-bulu hangatkan badan. tolonglah, Malaysia dah cukup hangat dah. tak payah nak gatal beli baju hangat-hangat bajet Malaysia bakal turun salji tahun ni. melainkan readers I ni loaded beli untuk holiday ke Paris or Japan or New Zealand ke kan.


 tabble manners dah ayu. 
tapi macam mana kepak tu boleh terbang dan landing atas peha Ema? -.-''

mintak tolong abang handsome snapkan 
(padahal self-captured T_T)

Gelatomio tak berapa terbaik

pewitt! hot doh minah ni. 
siapa yang berkenan sila email saya berserta sekali wang hantaran 50k

 yang ni pun sama.
50k tak kurang, lebih tak apa.

ternampak Watie Sadali & Joey sampai benam buku lima ke muka O.O











 
inilah dia Fahrenheit 88. 
actually best je masuk Uniqlo tu sebenarnya, kalau duit berkepuk. kihkihkih


peeass : dan dah jejak UiTM bandaraya Melaka siang tadi. memang betul-betul tengah bandar. omg bersyukur gila :')

3.12.10

confirm? ignore? atau block?

ini second post aku hari ni. secara official facebook dah tak best dan boleh memudaratkan aku. nak tau sebab apa? sebab aku baru log-in dan dapat satu friend request dari seorang makcik cun merangkap BFF mak aku. arghhhhh. 


agak-agak macam ni kot reaksi dia kalau aku ;


A) kalau confirm kang dah tak boleh nak bergebang sana sini itu ini. mencarut itu haram katanya. tapi memang betul pun. arghhh


B) kalau ignore nampak sangat kurang ajar eh kau boleh ignore aku?! report kat mak kau nanti! 


C) kalau block lagi macam haram haaa ni mesti ada benda yang kau sorok dari mak kau ni. terpaksa aku stalk page kau through ID anak aku muahahaha


aku memang tak ada buat benda yang merepek meraban pun. korang jangan risau sebab aku budak baik. bf pun tak ada ni (eh apa kaitan?). tapi mind-set aku cuma katakan facebook aku hanya untuk kawan-kawan. makcik bukan kawan saya tapi makcik kawan mak saya.

arghhhh. macam mana ni? 

A, B atau C?

tolong mak, nok! auww!


peeass : after pikir masak-masak, aku pilih A. sebab aku budak baik. 
what say u?

batu di perut

macam yang dijanjikan, pergi hospital untuk kali ketiga pagi tadi. yes, memang boring. korang pun sure dah boring hari-hari post nak cerita pasal hospital. apa bagus sangat ke Hospital Tengku Mizan tu? grrr. anyway, guess what, i'm suspected batu karang. what the hell kan. 

aku ada cakap result urine aku ada masalah. sebab ada blood. second take pun sama. so doktor cakap awak suspected batu karang. dan dinasihatkan ambil lagi urine test next week (untuk kali ketiga wehh T_T). tak apalah, aku redha je kalau kena pun. sebab aku memang dari kecik banyak penyakit. punca utama, overdue 2 minggu dalam perut mak time baby. gatal nak duduk dalam perut lama-lama siapa suruh, kan dah susah. 

lepas dah settle (settle lah sangat) pasal medical checkup, mak ajak shopping barang makanan untuk buat stok kat sana nanti. mak tengok muka aku sedih je, jadi nak ambil hati offer belanja breakfast kat mcD. terus sengih hehehe thanks mama. u're the best! :')

apa lagi, order la set no 7. ada pancake kegemaran, ada hashbrown dan ada kopi. nyum nyum! aku attached gambar sikit la sebab aku tengok blog orang lain macam meriah je dengan gambar segala. jadi tatap la muka orang banyak penyakit ni puas-puas ya.


 dah macam boobies lak 2 ketul pancake ni :P
(sempat melawak lagi tu. grrr)

 nom nom nom

aceceh. promote sikit. mulut kasi senget.
semoga dengan meminum kopi kapal api kaw kaw ini maka segala penyakit akan hilang. tink! 


peeass : doakan saya sihat dan tak ada batu karang ok! maybe doktor tu cuma melawak je kan kan? T_T

2.12.10

bersusah-susah dahulu, bersenang-senang lambat lagi.

arghh. tajuk pun dah cukup tekanan. bulan lepas dah confirmed ayah kena transfer ke Kuching. bukan kucing meow tapi kuching kat Sarawak. dan baru-baru ni aku dapat tawaran ke UiTM Melaka. maknanya? maknanya, aku terpaksa berpisah dengan parents selama 3 tahun. bapak lama tuuuuu T_T. mesti korang fikir alah kau nak bergebang sangat buat apa, bukan jauh mana pun, bukan overseas sangat pun, still dalam Malaysia. tapi tapi, bila kau dah jadi anak bongsu dari 2 adik beradik yang sangat spoiled macam aku, benda ni jadi masalah besar boleh bikin headache 4 hari 4 malam.

bukan apa, dari kecik memang duduk bawah ketiak mak je. hmm, wangi bau bedak dettol. eh eh, over info lak. mak memang kawal anak dara dia 2 orang ni dari kecik (aku dan kakak) sampai la dah bujang sekarang dan dah boleh kahwin kalau mampu. eh gatalnya. patut pun mak kawal kahkahkah. tapi kakak pandai survive sebab dari form 1 dah sekolah asrama penuh. aku? umur 18 baru nak duduk jauh dari mak bapak. macam mana tak spoiled. makan pun kadang-kadang gatal mintak mak suapkan lagi. grrrr

lagi jadi masalah bila budak first year tak dibenarkan berkenderaan sendiri. haaa yang ni gua panas. mak dah greenlight nak bagi kereta, alih-alih kena tarik balik. cisdale! lagi-lagi masalah bila nak balik rumah hujung minggu. weh tak ada makna balik rumah hujung minggu dah. balik rumah hujung sem ada la. tiket kau ingat murah ke baiii

tahun depan dah 22 tahun. argh. siapa nak jaga aku time parents kat sana nanti? siapa weh siapa? ingat nak cari pakwe la. bukan apa, boleh tolong jagakan aku nanti. kehkehkeh (hormon tak stabil. harap maaf)

peeass : moral of the story? jangan manja sangat dengan mak bapak. eh lain macam je penyampaian ayat aku ni. lantak la. headache dah ni. bai!

1.12.10

saya sangat suka hospital T_T

benda yang paling leceh bila nak masuk belajar ke IPTA/IPTS ialah isi form dari A sampai Z, bank-in pembayaran yuran kejadah, create buku bank dan apa-apa sajalah yang melibatkan kita kena pergi bank. and oh oh, medical checkup. haaa yang ni paling favourite ah kan kan. grrr

Isnin hari tu dah pergi hospital untuk checkup. ingatkan boleh settle time tu jugak, tapi kena pulak buat appointment dengan doktor. huh? ok fine. cuma dapat buat x-ray dan urine test je. nasib baik Hospital Tengku Mizan cuma 10minit dari rumah (baidewei, hospital ni baru je buka tengah tahun hari tu dan berlokasi di Seksyen 2, Wangsa Maju). jadi tak payah risau jauh lagi ke ni atau boleh sampai on time ke waktu appoinment nanti.

nurse kasik date hari Rabu (iaitu hari ni) untuk appointment. dengan confident yang ada, maka tolak pintu yang bertulis 'PUSH' dan jejak ke kaunter. beritahu ada appointment dan hulur form medical checkup. sekali nurse tu mintak result x-ray daaaa. sekali tepuk dahi sebab tertinggal kat rumah daaaa. adeh, terpaksa balik ke rumah balik T_T

20 minit kemudian, jejak semula ke kaunter dan hulur result x-ray. kali ni memang confident dah boleh settle. tak lama lepas tu, nombor giliran pun sampai. sekali tolak pintu, doktor handsome macam Ameer Khan daaa. terus bersemangat nak kene check segala apa yang perlu di-check-kan wakakakaka

tapi malang lebih menyebelahi saya hari ni bila first thing doktor cakap ''i've got a bad news for you''. gulp! apakah? he said something's wrong with my urine test. what the? pucat terus muka. and he said pergi balik ke bilik venipuncture untuk buat urine test lagi sekali. so postponed appointment kita ke hari Jumaat. terpacul terus ayat ni dalam kepala hotak, ''buat perabeh minyak kete aku je patah balik ambil result x-ray T_T''.

jadi, begitulah kesudahan hari saya pada hari ini. menarik bukan? grrrr

dah macam ikan emas tercekik tulang dah aku tengok


peeass : siapa suka pergi jumpa doktor? boleh replaced tempat I tak? kuasa mata Shin-Chan ---> *-*