1.2.11

holiday :D

Assalamualaikum.

memandangkan semua tengah berholiday sempena CNY ni, jadi entry saya pun nak pasal holiday je. tinggalkan sementara soal kerja, study, masalah dan seangkatan dengannya (ok fine. study kena jugak sebab assignment bertimbun T___T). tetapi apa-apa pun, marilah menatap gambar-gambar yang boleh menggoda anda untuk datang ke Melaka sempena Melaka Maju 2010 yang lalu (terutamanya kepada geng PSIS saya. ehem ehem)



pekena ikan bakar di Umbai. dan otak-otak. 
oh otak-otak my favourite pulak. 
kunyah dan kunyah tahu2 dah tinggal satu. burp! opss.


next, River Cruise. adult RM10 sahaja. round river dalam 40minit sampai tertidur-tidur sebab hujan renyai dan angin sejuk. macam dekat London wuuuuu -.-zzZzZ


Jonker Walk! lagi sekali tak dapat beli shirt The Beatles sebab dah tutup! kempunan mak nyah T___T



hari kedua : breakfast dulu. teh tarik RM1 dan teh 'o' suam RM0.80 sahaja. 
sangat berbaloi untuk student macam kami ni


 wajib captured. A' Famosa yang famous amos

 3 single ladies. market sekejap nyehehe

haaa kan betul. semua dah ada significant others. sob sob T__T


 lepas gian dah lama tak nampak camera eh minah?

 kawan baru. nama dia Huda. 
comel dan suka buat lawak selamba hehe


bukan takat Segamat je banjir, A' Famosa turut terkena tempiasnya. 
nasib baiklah tak demam

peeass : jadi geng PSIS, bila lagi? hehehe 

30.1.11

cinta

kalau cakap pasal cinta, kena lebih spesifik. sebab cinta ni bawak banyak maksud. ada cinta dengan Tuhan, mak ayah, boyfriend/girlfriend, kucing, iguana, lembu, bunga ros, coklat cadburry semua tu saya suka. tapi kali ni saya nak cerita pasal cintanya saya kepada seorang entertainer ni. nama dia Britney Spears. awak semua kenal tak? tak kenal boleh terjun Sungai Melaka sekarang (eceh. semua nak Melaka mentang-mentang kau sekarang penduduk tetap Melaka)

tergeraknya saya untuk post entry pasal perempuan ni sebab tengah duk layan youtube, tergerak pulak nak carik pasal cinta hati saya ni (saya bukan lesbian), jadi taip nama dia dan terus link ke sini. jujur saya katakan bahawa saya minat dia sejak pertama kali tengok dia dalam videoklip 'Ops, I Did It Again', terus terpikat dengan rupa seakan-akan Barbie dia tu sampailah sekarang (lagi sekali saya bukan lesbian). memang banyak kontroversi minah ni, tapi saya tak pernah tak suka dengan dia. biaq pi la dengan kontroversi tu semua. bukan dia kacau life kita pun, so buat apa nak kesah ye tak? selagi tak berperangai macam Fasha Sandha, saya tak kesah eh eh eh melalut pulak

jadi, sila dengar videoklip dari link di atas tadi. tapi kalau korang bukan berhalwa telingakan lagu-lagu masuk club ni, saya sarankan tak payahlah dengar. nanti pening kepala. sebab saya pun dah start pening asyik dok replay sampai 30 40 kali -______- 

serious shit tak tipu.



haaaa. kan macam Barbie doll tu.

peeass : she's a living legend :) <3

25.1.11

loading......

saya dah nak cuti seminggu sempena gong xi fa chai. jadi, tunggu next entry ya! maaf la dah lama tak update. tiada istilah menganaktiri dan dianaktirikan di sini. tunggu tau!

peeass : rindu geng PSIS saya :')

14.1.11

Jonker Walk

Assalamualaikum. lamaaaaa gilaaaaa rasanya tak update blog ni. mesti korang macam eh mana pergi minah yang selalu update blog hari-hari tu? terasa macam life ni tak perfect bila dia tak update blog haha bluekkk :P

baiklah. life update sikit tentang UiTM Melaka. environment kat sini best. untuk kolej, UiTM rent one whole apartment building untuk para siswi. jadi kami kat sini actually duduk dalam rumah. satu rumah ada tiga bilik. 2 rooms ada 3 katil and the master bedroom (saya dapat sini sebab masuk rumah paling awal masa daftar haritu hihik) ada 4 katil (2 double-decker). jadi semuanya 10 orang satu rumah. dan memasing ramah mulut. kadang-kadang rasa macam dah setahun kenal padahal baru sehari.  

dan semalam memasing pakat nak berjalan kat Jonker Walk. dia lebih kurang Chinatown tapi versi Melaka. jadi, mesti ada banyak lampu, banyak beca, banyak bangunan lama, banyak peraba bontot (ya. bontot comel saya kena raba dengan mat bangla bodo sorang ni).

jadi keluar rumah lepas maghrib dalam 8pm camtu. niat nak makan kat area sana tapi orang terlampau ramai dan fikir nak tunggu order untuk 10 memang tak sempat takut kena kunci luar sebab gate kolej tutup pukul 11pm. jadi memasing tergesa-gesa dan saya hanya sempat beli cutex saja :(. tapi paling menyesal sebab tak beli baju The Beatles. vintage prints, short sleeves, panjang paras peha and it only cost RM29.90!!!!! what the hell la kan tak beli time tu. housemate sampai cakap afni malam tadi mengigau cakap nak tshirt The Beatles tu. eh tak kot, diorang gurau je kottttt T_____T

tapi tengah saya dok menaip entry ni, tiba-tiba kat living room ada yang bersuara 'siapa nak pergi Jonker Walk lagi harini?' terus saya dalam bilik 'SAYAAAAAAA!!!'. diorang terus gelak cakap ok lepas Asar siap! haha yes. ada harapan lagi tshirt tu jadik milik gua nyehehehe :BB

handsome kan kereta polis tu. glow-in-the-dark gituuuu

5.1.11

dunia baru

Assalamualaikum. finally dapat update blog! sori sebab baru sekarang free. Minggu Pemantapan Siswa selama 4 hari untuk student sarjana muda UiTM bandar Melaka akhirnya dah settle petang tadi. tanpa berlengah, kemas-kemas barang dan pulang ke KL. hohohoi ini bukan saja-saja balik bercuti sebab nak balas dendam 4 hari tak cukup tidur, tapi nak balik sebab kena settlekan previous silibus untuk mohon pengecualian kredit kot-kot boleh dapat Part 2 (Sem 2) terus, jimat satu semester tak payah berhempas-pulas seperti zaman dulu-dulu T_T

First thing nak cakap, syukur yang teramat sangat sebab kampus betul-betul terletak di bandar (dah berapa kali aku ulang benda ni weh?). kolej cuma 10minit berjalan kaki untuk sampai ke kampus (eh ulang lagi?!). mungkin terlampau bersyukur kalau nak compare dengan tempat lama agaknya. jadi terus-terusan memanjatkan kesyukuran tsk tsk :')

Apa taknya, bukak tingkap kolej terus nampak Jusco dengan banner gabak besar tulis 'GSC bakal dibuka'. pehh kalau dah dari kolej boleh baca banner menarik macam tu, bayangkan betapa dekatnya kolej dengan Jusco tersebut. wuuuhuuu! itu baru cerita Jusco, belum bangunan sebelah yang ada perkataan gabak besar jugak tulis 'Tesco' & 'Giant' T_T''

Lepastu toleh bawah ada river cruise sampai rasa-rasa kalau berlaku kebakaran dan nak praktikkan ilmu kebakaran dari taklimat bomba semalam, dah tak payah guna tangga nak selamatkan diri, terjun saja dari tingkat 6 tersebut. lihat, betapa dekat juga sungai tersebut dengan mangsa kebakaran ni (serious lari tajuk karangan).

Tapi dalam dok cerita babak best je, ada jugak lah babak yang tak best. semalam dengar cerita student senior kena ragut (lagi!). dan mengikut statistik orang-orang otai kat KBM (Kampus Bandaraya Melaka) ni, hampir setiap bulan pasti ada student kita yang kena ragut. WHATTHEFART?! T______T tawakal sajalah.

peeass : suasana baru, kawan baru, boyfriend baru? ehehe :P