1.2.11

holiday :D

Assalamualaikum.

memandangkan semua tengah berholiday sempena CNY ni, jadi entry saya pun nak pasal holiday je. tinggalkan sementara soal kerja, study, masalah dan seangkatan dengannya (ok fine. study kena jugak sebab assignment bertimbun T___T). tetapi apa-apa pun, marilah menatap gambar-gambar yang boleh menggoda anda untuk datang ke Melaka sempena Melaka Maju 2010 yang lalu (terutamanya kepada geng PSIS saya. ehem ehem)



pekena ikan bakar di Umbai. dan otak-otak. 
oh otak-otak my favourite pulak. 
kunyah dan kunyah tahu2 dah tinggal satu. burp! opss.


next, River Cruise. adult RM10 sahaja. round river dalam 40minit sampai tertidur-tidur sebab hujan renyai dan angin sejuk. macam dekat London wuuuuu -.-zzZzZ


Jonker Walk! lagi sekali tak dapat beli shirt The Beatles sebab dah tutup! kempunan mak nyah T___T



hari kedua : breakfast dulu. teh tarik RM1 dan teh 'o' suam RM0.80 sahaja. 
sangat berbaloi untuk student macam kami ni


 wajib captured. A' Famosa yang famous amos

 3 single ladies. market sekejap nyehehe

haaa kan betul. semua dah ada significant others. sob sob T__T


 lepas gian dah lama tak nampak camera eh minah?

 kawan baru. nama dia Huda. 
comel dan suka buat lawak selamba hehe


bukan takat Segamat je banjir, A' Famosa turut terkena tempiasnya. 
nasib baiklah tak demam

peeass : jadi geng PSIS, bila lagi? hehehe 

30.1.11

cinta

kalau cakap pasal cinta, kena lebih spesifik. sebab cinta ni bawak banyak maksud. ada cinta dengan Tuhan, mak ayah, boyfriend/girlfriend, kucing, iguana, lembu, bunga ros, coklat cadburry semua tu saya suka. tapi kali ni saya nak cerita pasal cintanya saya kepada seorang entertainer ni. nama dia Britney Spears. awak semua kenal tak? tak kenal boleh terjun Sungai Melaka sekarang (eceh. semua nak Melaka mentang-mentang kau sekarang penduduk tetap Melaka)

tergeraknya saya untuk post entry pasal perempuan ni sebab tengah duk layan youtube, tergerak pulak nak carik pasal cinta hati saya ni (saya bukan lesbian), jadi taip nama dia dan terus link ke sini. jujur saya katakan bahawa saya minat dia sejak pertama kali tengok dia dalam videoklip 'Ops, I Did It Again', terus terpikat dengan rupa seakan-akan Barbie dia tu sampailah sekarang (lagi sekali saya bukan lesbian). memang banyak kontroversi minah ni, tapi saya tak pernah tak suka dengan dia. biaq pi la dengan kontroversi tu semua. bukan dia kacau life kita pun, so buat apa nak kesah ye tak? selagi tak berperangai macam Fasha Sandha, saya tak kesah eh eh eh melalut pulak

jadi, sila dengar videoklip dari link di atas tadi. tapi kalau korang bukan berhalwa telingakan lagu-lagu masuk club ni, saya sarankan tak payahlah dengar. nanti pening kepala. sebab saya pun dah start pening asyik dok replay sampai 30 40 kali -______- 

serious shit tak tipu.



haaaa. kan macam Barbie doll tu.

peeass : she's a living legend :) <3

25.1.11

loading......

saya dah nak cuti seminggu sempena gong xi fa chai. jadi, tunggu next entry ya! maaf la dah lama tak update. tiada istilah menganaktiri dan dianaktirikan di sini. tunggu tau!

peeass : rindu geng PSIS saya :')