5.1.11

dunia baru

Assalamualaikum. finally dapat update blog! sori sebab baru sekarang free. Minggu Pemantapan Siswa selama 4 hari untuk student sarjana muda UiTM bandar Melaka akhirnya dah settle petang tadi. tanpa berlengah, kemas-kemas barang dan pulang ke KL. hohohoi ini bukan saja-saja balik bercuti sebab nak balas dendam 4 hari tak cukup tidur, tapi nak balik sebab kena settlekan previous silibus untuk mohon pengecualian kredit kot-kot boleh dapat Part 2 (Sem 2) terus, jimat satu semester tak payah berhempas-pulas seperti zaman dulu-dulu T_T

First thing nak cakap, syukur yang teramat sangat sebab kampus betul-betul terletak di bandar (dah berapa kali aku ulang benda ni weh?). kolej cuma 10minit berjalan kaki untuk sampai ke kampus (eh ulang lagi?!). mungkin terlampau bersyukur kalau nak compare dengan tempat lama agaknya. jadi terus-terusan memanjatkan kesyukuran tsk tsk :')

Apa taknya, bukak tingkap kolej terus nampak Jusco dengan banner gabak besar tulis 'GSC bakal dibuka'. pehh kalau dah dari kolej boleh baca banner menarik macam tu, bayangkan betapa dekatnya kolej dengan Jusco tersebut. wuuuhuuu! itu baru cerita Jusco, belum bangunan sebelah yang ada perkataan gabak besar jugak tulis 'Tesco' & 'Giant' T_T''

Lepastu toleh bawah ada river cruise sampai rasa-rasa kalau berlaku kebakaran dan nak praktikkan ilmu kebakaran dari taklimat bomba semalam, dah tak payah guna tangga nak selamatkan diri, terjun saja dari tingkat 6 tersebut. lihat, betapa dekat juga sungai tersebut dengan mangsa kebakaran ni (serious lari tajuk karangan).

Tapi dalam dok cerita babak best je, ada jugak lah babak yang tak best. semalam dengar cerita student senior kena ragut (lagi!). dan mengikut statistik orang-orang otai kat KBM (Kampus Bandaraya Melaka) ni, hampir setiap bulan pasti ada student kita yang kena ragut. WHATTHEFART?! T______T tawakal sajalah.

peeass : suasana baru, kawan baru, boyfriend baru? ehehe :P

2 comments:

kaKibEbel... said...

gudluck d tmpt bru yaaa!!! jgn lupe kami the dSk genG... ;))

afni said...

thanks yang! eh tak lupa punya ;))