3.12.10

confirm? ignore? atau block?

ini second post aku hari ni. secara official facebook dah tak best dan boleh memudaratkan aku. nak tau sebab apa? sebab aku baru log-in dan dapat satu friend request dari seorang makcik cun merangkap BFF mak aku. arghhhhh. 


agak-agak macam ni kot reaksi dia kalau aku ;


A) kalau confirm kang dah tak boleh nak bergebang sana sini itu ini. mencarut itu haram katanya. tapi memang betul pun. arghhh


B) kalau ignore nampak sangat kurang ajar eh kau boleh ignore aku?! report kat mak kau nanti! 


C) kalau block lagi macam haram haaa ni mesti ada benda yang kau sorok dari mak kau ni. terpaksa aku stalk page kau through ID anak aku muahahaha


aku memang tak ada buat benda yang merepek meraban pun. korang jangan risau sebab aku budak baik. bf pun tak ada ni (eh apa kaitan?). tapi mind-set aku cuma katakan facebook aku hanya untuk kawan-kawan. makcik bukan kawan saya tapi makcik kawan mak saya.

arghhhh. macam mana ni? 

A, B atau C?

tolong mak, nok! auww!


peeass : after pikir masak-masak, aku pilih A. sebab aku budak baik. 
what say u?

2 comments:

Dee Zahari said...

biarkan tgantung jekk.kah3


takde bf??

afni said...

da accept da pun huhu

erk. tade la buat mase skang. fokus blaja. aiceh