baru lepas tengok anugerah berprestij iaitu Anugerah Skrin 2010 kat TV3. dan saya ada review saya sendiri. ada baik dan buruk. 'prestij' refer kepada Kamus Dewan edisi keempat bermaksud penghormatan yang diperoleh kerana kejayaan atau martabat dan kemegahan (tak menahan siap rujuk kamus). jadi, kalau dah maksud pun penghormatan, martabat dan kemegahan, kenapa audience semua macam gampang?
personally bagi saya, tahun ni memang nampak ada perubahan dari segi hosting. sebab yang mengacara pun bukan calang-calang, perempuan melayu terakhir tuuu, kak Vee kita (Vanidah Imran). dan juga Awal Ashaari. cakap pun smooth, lemah lembut, tak ada sikit-sikit nak menjerit "sila berikan tepukan gemuruh kepada penaja", "sila berikan tepukan gemuruh kepada penaja", "sila berikan tepukan gemuruh kepada penaja" sampai aku yang baru taip 3 kali pun dah naik penat.
seriously, lame gila audience. ada yang duduk macam tengah bersantai dekat kerusi malas. what the hell? kau tahu tak Anugerah Skrin ni dah macam Oscar Awards edisi Malaysia. jadi, tolong duduk tegak dan berikan tepukan. haaa bab berikan tepukan ni pulak. yang tepuk bersemangat pun kalangan puak dia-dia saja. yang lain? hampeh. ada yang tepuk nak tak nak, ada yang busy dengan BB masing-masing bajet twitter kejadah, ada yang tak tepuk langsung. standing ovation? harammmm. sekor dua je yang bangun. itu pun bila anugerah khas dah hujung-hujung. macam mana industri seni nak maju? kalau diri sendiri tak reti nak respek dan hargai karya orang lain. eh sejak bila pulak kau jadik pengkritik seni tanah air ni. tak memasallll
congrats sayang you menang. gua sayang lu even more derrr :P
peeass : lagi baik layan Shout Awards!
No comments:
Post a Comment