1.12.10

saya sangat suka hospital T_T

benda yang paling leceh bila nak masuk belajar ke IPTA/IPTS ialah isi form dari A sampai Z, bank-in pembayaran yuran kejadah, create buku bank dan apa-apa sajalah yang melibatkan kita kena pergi bank. and oh oh, medical checkup. haaa yang ni paling favourite ah kan kan. grrr

Isnin hari tu dah pergi hospital untuk checkup. ingatkan boleh settle time tu jugak, tapi kena pulak buat appointment dengan doktor. huh? ok fine. cuma dapat buat x-ray dan urine test je. nasib baik Hospital Tengku Mizan cuma 10minit dari rumah (baidewei, hospital ni baru je buka tengah tahun hari tu dan berlokasi di Seksyen 2, Wangsa Maju). jadi tak payah risau jauh lagi ke ni atau boleh sampai on time ke waktu appoinment nanti.

nurse kasik date hari Rabu (iaitu hari ni) untuk appointment. dengan confident yang ada, maka tolak pintu yang bertulis 'PUSH' dan jejak ke kaunter. beritahu ada appointment dan hulur form medical checkup. sekali nurse tu mintak result x-ray daaaa. sekali tepuk dahi sebab tertinggal kat rumah daaaa. adeh, terpaksa balik ke rumah balik T_T

20 minit kemudian, jejak semula ke kaunter dan hulur result x-ray. kali ni memang confident dah boleh settle. tak lama lepas tu, nombor giliran pun sampai. sekali tolak pintu, doktor handsome macam Ameer Khan daaa. terus bersemangat nak kene check segala apa yang perlu di-check-kan wakakakaka

tapi malang lebih menyebelahi saya hari ni bila first thing doktor cakap ''i've got a bad news for you''. gulp! apakah? he said something's wrong with my urine test. what the? pucat terus muka. and he said pergi balik ke bilik venipuncture untuk buat urine test lagi sekali. so postponed appointment kita ke hari Jumaat. terpacul terus ayat ni dalam kepala hotak, ''buat perabeh minyak kete aku je patah balik ambil result x-ray T_T''.

jadi, begitulah kesudahan hari saya pada hari ini. menarik bukan? grrrr

dah macam ikan emas tercekik tulang dah aku tengok


peeass : siapa suka pergi jumpa doktor? boleh replaced tempat I tak? kuasa mata Shin-Chan ---> *-*

No comments: